Thursday, December 30, 2010

hari penuh bahagia.

semalam, ada satu quote di Facebook yang saya suka, pasal Malaysia menang bola ni. from Presiden MPM UTM JB, Muhammad Zaki bin Omar. TERsangatlah betul apa katanya. ;)

sila click untuk tumbesaran yang melampau.
__________________

hujung minggu ni dah kena balik UTM KL. bosannyaaaaa! boleh tak kalau saya nak duduk rumah je? boleh tak boleh tak? pleaseeee? hee. tapi, rindu jugak dekat kawan kawan dekat sana. :D

memandangkan hari ini, boleh kata 'last' day untuk saya berjumpa & hang out dengan kawan kawan, ye lah, nanti semua dah pergi ke haluan masing masing macam biasa dah. ada yang kena pergi Johor lah, ada yang kena pergi Melaka, Negeri Sembilan. bersepah semua orang. so, petang tadi, saya jumpa Fara & Fyna. bertiga je, sebab Mira & Que tak dapat join sekali. 

best jumpa dorg. KAWAN BAIKKKKK! mwah mwah mwahhhh. haha. macam macam lah yang dibualkan. pot pet pot pet pot pet. ehem. tapi saya senyap je. dorg je yang bising. yeeee, betul! haha. makan dekat Kenny Rogers. kennnyang. haha. thank you babes, korang memang bising gila dari dulu sampai sekarang. nanti kita shopping lagi okeh?

oh, lepas tu, dah jumpa dorg, si jantung hati pulak ambil di Sunway Pyramid sebab dia nak bawak pergi tempat lain pulak. tukar shift, masa saya sekarang tumpu kepada dia pulak. hee. Fyna & Fara? ohhh. mereka jealous sebenarnya. Fyna dah bising bising dah cakap "khairil ngadeee! sweet gila!" haha. 

hm. esok, si jantung hati nak balik ke UTM JB dah. so, nanti kena 'puasa' jumpa dia lama! tadi tu kira, the last time untuk cuti ni lah. ehem. lepas ni insyaAllah kita jumpa lagi kan? :) by the way KAM, thank you for your time. you're amazing. really.

and balik ke rumah, sempat ambil gambar dekat bawah ni. ehem. kereta siapa ni? still berbalut dengan plastik lagi. whoaaa. CANTIKKK! haha. esok saya post pasal kereta ni ye. buat masa ni, takat ni je la dulu. :)
bahagia gila hari ni. 

Monday, December 27, 2010

dia suka plastik, plastik cool!

hasrat untuk derma darah belum tertunai lagi. bila nak pergi ni? kesian orang yang tak cukup darah tu. saya kena tolong mereka. :) if jadi untuk menderma, ini merupakan kali ke 3. jom derma jugak, nak? 
_________________

sekarang ni kan banyak betul kempen untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian. setiap hari Sabtu, is a No Plastic Day. unless if nak jugak, kena bayar 20sen. then, ada siap promote paper bags lah untuk bawak bershopping for groceries or whatever. macam iklan adik comel Mia Sara Nasuha dekat TV3 tu, plastik ambil masa 500 tahun untuk pupus. so jelas menunjukkan bahawa, plastik sangatlah tidak elok untuk digunakan walaupun ianya berwarna warni.

TAPI.

ada satu makhluk ni sukaa sangat dengan plastik. if letak plastik depan hidung dia, confirm dia akan masuk & duduk dekat dalam tu sambil buat muka comel, sukanyaa. plastik plastik plastik! if nak buat jahat ke, senang je. umpan plastik dekat dia, tunggu dia masuk, then angkut terus baling dekat tong sampah. tak payah susah susah nak buat macam mouse trap ke apa. 

makhluk tersebut ialah: Ginger.



bagi dia, plastik cool! 

Sunday, December 26, 2010

budak nerd.

bosannya bila fikir tinggal beberapa hari je lagi untuk cuti. lepas tu kena masuk kelas balik. wahai 2011, tolong datang lambat sikit boleh? saya tak habis enjoy cuti lagi ni. okay, tipu. err. :P
_________________

hm. memandangkan tinggal lagi berapa hari je lagi nak masuk 2011, semua orang mesti fikir apa azam aku untuk tahun baru eh? ataupun, nak buat something different lah. tak nak macam selalu. bosan. apa kata kita ubah penampilan? haha. orang pun tak bosan dok tengok muka kita, asyik sama ja. 

okay, as for me, braces sudahpun pakai dulu. Alhamdulillah gigi pun dah elok tersusun. teringin nak pakai contact lens pun, dah ditunaikan dah. belajar dressing & make up? sendiri ajar diri sendiri. haha. ayat keling. hm. tak tau lah elok ke tak. :) tapi lewat petang tadi, pergi kedai optometry di Taipan, USJ, try salah satu cermin mata yang ada dekat situ, WAHH! sukeee. tapi mak & Syakir tak suka. mereka kata buruk. hmpfh.

takpee. saje gedik gedik nak try. ;)
ada gaya macam budak nerd tak? 
HAHA.

Saturday, December 25, 2010

KL Tower je.

semalam keluar dengan si jantung hati & kawan kawan dia. fuh! nervous gila kott. haha. to Wan & Luqman, thank you for your time. we finally meet! haha. to KAM, kenapa gedik sangat semalam hah? but i love you still. :)
_________________

walaupun hari ini ialah 25th December, ataupun lebih dikenali sebagai Christmas, TAPI, saya tidak sambut ye. i repeat, TIDAK sambut. :) so hari ini untuk mengelakkan daripada mati kebosanan, abah ajak pergi ke Menara Kuala Lumpur atau cakap omputehnya, KL Tower. *dengan gaya mulut tak boleh blah*

kami pergi awal. so nasib baik jugak lah orang tak ada la ramai mana. to me personally, dapat naik dekat atas tu macam tak ada apa sangat. takat dapat tengok view? errh. not my kinda thing. if boleh bungee jump keee, parachute turun ke bawah kee, HA! then count me in. yang itu saya sukeee. :D

mula mula ingat nak naik ke Restoran Berputar, tapi disebabkan hari ini Christmas Day, harga untuk satu kepala menjadi sangat lah mahal sampai ktorg pun fikir 10 kali sama ada nak pergi ke tidak. last sekali, tak jadi. sebab, RM100 untuk satu kepala, untuk sekali makan, kata abah sangatlah tidak berbaloi. "kita pergi lain kali je." owwwwkayyy. lagi 10 tahun akan datang la jawabnya. =.='

bila turun ke bawah, around pukul 3pm lebih, dengan muka yang sangat-lapar-sampai-boleh-telan-lembu-sekoq, pergi solat Zohor dulu, then baru makan. dekat restoran tepi tepi tu jugak. entah apa nama lupa nak tengok. but i ordered this: 
mula mula ingat, 'OMG! THERE IS NO WAY I CAN FINISH THIS THING!'

last sekali? -_____-
kenapa lately ni saya makan banyak sangattttt!? oh my my.

kejadian yang sama terjadi bila saya & family makan di JM Bariani House di Subang Jaya. wuih! Nasi Bariani Ayam Merah dia tersangatlah banyak. my first reaction was "gila nak mati banyak nasi ni!"

tapi? habis licin. dahsyat gila! HAHAHAHA.
tak ada lagi dah dasar perut kecik. hmpfh. sekarang ni, perut tong pulak. 

oh oh ohhh. and lepas makan tu, ktorg pergi ke Animal Zone kat sebelah kiri menara, awww. banyak gila binatang comel comel. saya tangkap gambar dengan si burung comel ni. MANJA SANGATTTT! soo, "MAKK! kakak nak tangkap gambar dengan dia!" mak pun cakap okay. 
okayy shot tak jadik. kenapa muka takot sangat nih? againnn!
hmpfh. tak jadik lagi. okay fine. ketakutan jelas terpancar pada wajah. hadoii. kenapa entah. burung je punn. T_T

nanti mesti kena ejek dengan KAM.
hmpfh! 

Thursday, December 23, 2010

confession of a..err..

I AM NOT A SHOPAHOLIC! if thats what you're thinking. but thats what every shopaholic says about themselves. eh. err. uhh. hmm. okay, no comment.
________________

Alhamdulillah. nombor plat kereta sudah pun ada. saya yang pilih sendiri. tapi tapi, nombor pilihan tak dapat. kena buat tender lah apa lah. lambat. lepas tu ingatkan nak ambil nombor sempena my birthday. TAPI mak pulak cakap nombor tu tak lawa. dia suruh tukar. huwaaa. so end up, nombor 4 campur 8 campur 0 disusun dalam satu baris. hmpfh. redha je lahh. nombor je pun. yang penting kereta. HEE.

so pagi tadi, lepas dah pergi ke JPJ dekat Shah Alam, sebelah petangnya, saya dan family woosh pergi ke One Utama. eh silap. 1 Utama. untuk apa? abah nak shopping baju untuk dia pulakk. jealous lah tuh tengok orang selalu beli baju baru. wuekk! haha. 

tapi bila dah ada dekat sana, baru saya tahu apa rasanya bila orang tunggu saya bershopping. bosan ek? HAHAHA! tadi tunggu abah pilih baju sampai tertidur tidur dekat kerusi dalam kedai G2000. buat malu je. haihh. menci betul bila tengok abah beli baju mahal mahal. dia bebel dekat kita cakap "kakak beli baju buat apa mahal mahal?" hmpfh. abah beli baju dekat mana? Renoma Paris, Cuffz, Padini Authentics & entah apa lagi. takpe takpeee. 

"abahhh.. kakak nak purse Vincci baru!" MWAHAHAHAHAHAHAHHAHA. tadaaa!
yes yes yes! weee :D

oh. then untuk minum petang, abah pilih Starbucks Coffee. okay, walaupun saya TIDAK minum coffee or nescafe or cappuccino or yang sewaktu dengannya, tapi dalam hal ini, semua harus dikecualikan. takpeee. tak selalu pun. eheh. i chose for myself: a Grande Toffee Nut Frappuccino. oh mi gosh. sedap jugak kafein rupanya ya? HAHA. 

oh. Marble Cheese Cake ini sangat sedap. Syakir suka. saya tak. heh. :P 

itu pula, mak dan abah minum kopi pekat. err. tak nak rasa.
jom pergi lagi nak?

Wednesday, December 22, 2010

taman dan planet

ini tiada kaitan langsung dengan lagu Back To December - Taylor Swift walaupun ianya terjadi dalam bulan Disember. okay, merepek.
__________________

someone, please help me. i cant stop smiling. mulut dah sampai ke belakang kepala dah. please? kronik sangat dah ni. boleh gila tahu?! haha. :) saya sedang bahagia. itu sahaja. he makes me happy all the time. hari ini, ktorg jalan jalan ke KL. pergi Taman Rama-rama & Planetarium. err..rasa rasa macam tak pernah pergi Planetarium tu, so, he's the first person yang bawak saya ke sana. yay! thank youu. hee. 

oh, disebabkan saya sudah ada muatan berat untuk dibawa, iaitu handbag, so, si dia lah yang bawak DSLR ke hulu dan ke hilir. HAHAHA! *gelak jahat* but he made good use of it. jadi cameraman for a while. thank you for those photos  darling. :')

lepas dah penat pusing pusing, ktorg pergi Sunway Pyramid pulak. untuk makan. kebuloq! seriously. & at the same time, ambil adik si jantung hati dekat sana. dia keluar dengan kawan kawan. :) the toughest part? when its time to say goodbye. why cant he stay? hmpfh. sedih gila rasa, tapi terpaksa jugak. wuu. ehem. takpee. nanti insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi yeh? i love you, KAM.

gambar gambar semua dari album di Facebook: The Best Day :)









he's the best! :)

Tuesday, December 21, 2010

si cantik lawa,

wahai kereta Proton Saga FL, sila keluar cepat sikit ye. saya dah tak sabar nak drive awak ni. kilang, tolong proses kereta tu cepat cepat. saya nak rasmi nombor plat baru. HEE.
_________________

okay, being the only daughter in the family has its own pros and cons. but, what the heck? it doesnt matter. banyak kebaikkannya berbanding kekurangan. sebab itu saya SUKA jadi sorang je anak perempuan dalam family. gahaha. kadang kadang teringin jugak nak ada kakak, yang boleh dibuat kawan shopping, tempat luah perasaan or whatever. betul, mak ada & saya sangat rapat dengan mak. but for certain cases, ada masa masa nya kita nakkan seorang kakak berbanding emak kan? :)

sebab itulah saya ada kembar! hee. kami kembar tapi lain mak lain bapak. dah berapa lama kenal? senang kata, saya kenal dia sampaikan dia boleh habiskan ayat saya. she can guess whats on my mind. seriously. :D 

petang tadi sempat lepak sekejap dengan budak lawa ni. pergi tempat biasa, Sunway Pyramid. saje jalan jalan pusing pusing. baru je jumpa, time wedding abang Fara (baca: musim mengawan sudah tiba) haritu, tapi rinduu. mana taknya bercerita sakan, sampai tak ingat dunia. SEEEERIOUSLY. orang sekeliling dah pandang ktorg pelik je. membebel banyak sangat. lantak lah. sebok! =.='

i love you fyna. :)
haha. KAM jeles!

Monday, December 20, 2010

bersama 2 orang lelaki kacak

seronok kan bila shopping time Malaysia Year-End Sale ni? semua benda less 30% lah, 70% lah. rasa macam nak borong satu kedai je. duit pun, nak kata mengalir keluar laju macam air pun tak jugak, air pun kalah. tengok tengok, EH! duit dah tak ada. seronok. -______-
_________________

seronok jugak bila kita ada seseorang untuk bercerita segala benda, kan? tak kisah lah nak merapu kee, merepek kee, orang tu setia je dengar. sanggup tadah telinga dengar kita membebel. boleh bergelak ketawa sama sama & boleh menangis depan dia without rasa malu. rasa dihargai je, bila ada orang sudi dengar apa kita nak cakap. bukan begitu? :)

dan disebabkan itulah, saya sanggup membebel boleh kata, tiap tiap malam dekat 2 orang lelaki di bawah ni. mereka berdua sangat penting bagi saya. i love the both of you lahh. :')

ini abang sayang. future hubby. (sila berasa geli sekarang) haha. dia selalu ada dengan saya dari dulu sampai sekarang. dari sebelum status bertukar, sampailah sekarang. ehem. status. uhuk uhukk. haha. kamu selalu buat saya gelak tak kira masa. sakit habis segala organ organ dalam badan masa cakap dengan dia. metafora je ye.

oh. yang ini pulak, abang gedik. eh silap. abang kandung. ada dekat Moscow, Russia sekarang. bila nak balik hah? haha. he's like a sister i've never had. kalau bab membebel, bagi lah dekat dia. non-stop talking! okay tak. tipu. thats me. not him. dia cuma akan membebel bila sampai bab gadjets & benda pelik pelik yang lain yang saya sangatlah tidak berminat. dengar sebab terpaksa. WUHAHAHA. jangan marah, nanti kena jual. :D

they're both amazing. yang sorang tu, sangatlah comel & gedik gedik. lagi satu tu, kuat membuli & annoying. haha. im very lucky to have them both at the same time. I LOVE YOU.

i wanna grow old with you guys.

Friday, December 17, 2010

goodbye Lola

malas rasanya nak berblogging sekarang ni. i mean, these past few days, kemalasan memuncak dalam diri. nak pandang laptop pun tak ada selera. sebab tu lah blog pun lembap je diupdate. facebook pun tak ada noti. malas nak online. haihh.
________________

tadi pergi Sunway Pyramid. WOOT WOOT! rasa macam nak lompat lompat lepas tu cium lantai banyak banyak kali. (apehal kau nana? GILA?!) haha. dah lama tak pergi sana. rinduu lah. (melebih lebih!)

makan dinner dekat Popeyes tadi. abah tak ada idea nak makan dekat mana. padahal banyak je kedai makan. =.=' dia cakap nak makan simple, so err.. Popeyes la jadinya. as for me, disebabkan tiada selera makan, hanya order 2 pieces of chicken. heh. tu pun penat sumbat seketul dalam mulut. rasa macam nak keluar balik je. sebab makan pizza sampai 5 keping hari sebelumnya, mungkin? err. dasar perut kecik! T_T

budak kecik Syakir, buat muka blurr sebelum makan sebab dia tak tahu yang mana satu yang dia order tadi. nak makan pun bersalah. -_____- (kenapa sejak kebelakangan ni setiap entry ada pasal dia?)

oh and tadi, sempat jugak lah beli 1 helai baju di Lola. since dia dah nak move out dah. && sebab abah tengah sibuk membeli handphone baru. buhsan dok tunggu dia belek phone tu satu satu, entah tengok apa pun tak tau lahh. so, saya & mak pun jalan lah ke mana kaki nak bawak. (konon! padahal?!) tak sempat nak shopping banyak sangat, sebab kedai dah nak tutup. haih. kempunan lagi nak beli barang. 
sila abaikan bahawa baju itu membuatkan saya nampak gemuk. arghhh.. ITU SEMUA CAMERA TRICK! hmpfh. malas nak pakai belt lahhh. :') mereka di belakang? tengah tunggu kereta kurang sikit, sebab Sunway Pyramid sangatlah sesak pada malam hari. sila jangan pergi.

takpe, esok shopping lagi. 

Wednesday, December 15, 2010

baby baru? kereta!

abah outstation lagi. kali ini ke Alor Star, Kedah pulak. meeting sana sini abah tu. =.=' 
takpee. boleh joli katak. HEE!
_________________

petang tadi saya dah tengok dah Proton Saga Face Lift (FL) dekat showroom Proton. WOOT WOOT! sangat cantik. ramai orang datang, tengok tengok model baru keluaran Proton tu. dia lawa kan kan kann? hee. suka.

dengan bantuan sepupu, Abang Faizal, yang juga salesman untuk Proton, dia explain lah serba serbi pasal kereta baru tu. adik bongsu, Syakir punyalah excited tengok kereta tu dekat showroom. sekejap duduk dekat driver seat, sekejap pergi belakang, tengok tu tengok ni. macam macam. gedik sangat sampai nak bunyi bunyi hon pulak. EH! itu saya, silap. bukan dia. saya. kesian mak. time tu dia dekat depan kereta, terkejut dibuatnya. eheh. sorry mommy. TERover excited pulak. :P

okay, so lepas dah raba kereta tu puas puas, abah pun isi lah segala dokumen yang perlu diisi. budak kecik Syakir tu tak habis lagi  excited dia. =.='

ehem. Abang Faizal kata, insyaAllah sebelum krismas saya dapat kereta tu. yay! tak sabar rasanya nak bawak ke hulu hilir. lama tak drive wehh.
oh by the way, time ni, saya tengah sengih besar besar. huduh rasanya nak letak gambar sendiri kat sini. buruk rupa bila tengah sengih besar besar - sebab happy sangat dapat kereta baru. haha. biarlah rahsia macam mana rupanya. :)
warna: Blue Rock. 

kereta kereta keretaa!

bahagia bersama orang orang tersayang di sisi. ohana is the most important. & the rest follows. :)
________________

sepupu saya, yang juga seorang salesman Proton, semalam berkata, "esok Saga FL launch. cepat booking kakak." oh kereta baru, tunggu ye? nanti abah bayar duit. HEE!

cant wait cant wait cant wait! nak drive kereta baru. nak cium bau kereta baru, bau kedai. nak nak nakkk! oh by the way, kemungkinan saya akan pilih warna biru gelap. macam lawa je. hitam? takmo. kereta mak & abah sekarang both hitam legam. putih? err. saya tidak begitu rajin untuk menggosok bontot kereta ye. silver? gold? grey? burok burok & burok! eheh. abah, sila bayar cepat cepat down payment tu ye. :)

oh abang di Russia, sila lah jeles. 

Monday, December 13, 2010

saudara? tak tau pun!

YAY! pagi ini saya akan pergi ke Padang Besar. untuk apa lagi? shopping lahh. HEE! mak kata dia nak beli t-shirt je. ehem. saya kata? beli baju seluar beg makanan sudu garfu & segala benda yang boleh dibeli. mwahaha. tapi duit tak ada! T_T
________________

okay, first time in history, saya pergi 3 kenduri sekaligus dalam masa sehari. (alaa.. baru 3! orang lain dah 4, 5 tak kecoh pun?) lantaklahh. FUH! penat kot! sebelum ini pun, paling banyak pun 2. bila tambah lagi satu, yang jauh pulak tu, memang lembik terus lerr. perut pun dah bising overload. haha.

antara 3 kenduri yang saya pergi tadi, ada 1 yang menarik perhatian. sebab yang lain semua saya tau siapa punya. i mean, kenal lah, saudara sebelah mana, siapa dia & blablabla. tapi yang ini, tak sangat. kenal nama, tapi bukan relationship. kenduri rumah adik Dato' Dr. Haron Din. beliau sangat famous di Malaysia. selalu muncul dekat TV. :)

mak & abah kata, kita bersaudara dengan mereka. nenek sebelah abah punya cousin punya apa entah? tak faham. sebab busy sangat makan kek cawan yang dorg bagi as door gifts. makanan dekat kenduri tu sedap. memang makan tak ingat dunia lah. hee. 

sekarang saya baru tau yang kitorang ni bersaudara. T_T

sekarang kenduri banyak sangat.

Sunday, December 12, 2010

Penang!

abah kata, "kita balik rumah hari Isnin, awal sikit. abah ada meeting lah nanti." okay abah. tak apa. dekat kampung pun tak ada apa hendak dibuat sangat. asyik pergi kenduri je. tengah hari ini je, dah 2 dah.
________________

before ktorg bertolak balik kampung petang Jumaat lepas, saya dan family singgah dekat Pulau Pinang dulu. sebab abah ada meeting dekat sana, so kami semua kena ikut. sementara dia pergi meeting, ktorg pergi jalan jalan. HEE. tidur satu malam di Sunway Carnival Hotel & siangnya, pergi berjalan di pulau. lokasi yang menjadi pilihan? Pantai Batu Feringghi. (betul ke ejaan?)

adik adik nak pergi ke Georgetown and whatever, kiranya nak pergi ke bandar lah. and as for me & mommy, ktorg nak pergi pantai sebab: 

1. boleh tangkap gambar banyak banyak.
2. duit tak ada nak bershopping sakan.
3. pantai LAGI best.
4. boleh tangkap gambar banyak banyak.

so, disebabkan mak yang bawak kereta & suara saya yang paling merdu kuat antara semua, KITA PERGI PANTAI! woot woot! mwahaha. nak dijadikan cerita, on the way tu, ktorg sesat pulak. terlajak sampai entah ke mana. tapi last last sampai jugak lah. Alhamdulillah. tempat dia lawa. rasa macam nak terjun, tapi sayang baju. eheh.

gambar bajet model. perasan sungguh! T_T



dah puas hati tengok pantai, ktorg pergi rumah kawan lama mak pulak. dia masak sedap! lupa terus konon nak diet. haha. Aunty Fidah, thank you for having us & for the awesome lunch. :)
nak pergi Pulau Tioman! 

Saturday, December 11, 2010

masalah.

blog dalam keadaan yang sangat tidak memuaskan. tak boleh masuk gambar pulak. kenapa nii? T_T
banyak benda dah ditulis, tapi kena save as drafts dulu, sebab gambar tak boleh upload. wahai blogspot, anda kenapa? hmpfh. tunggu gambar dah upload dulu, baru post. okeng? take care. babai. :)

musim mengawan sudah tiba

dekat kampung sejukk! pagi pagi, selsema terus. macam dekat oversea pulak, kena pakai sweater. =.='
oh lupa. Perlis kan tengah winter sekarang. haha.
________________

bulan November & Disember memang terkenal sebagai musim cuti sekolah mengawan. sebab apa? sebab time ni lah semua orang dok sibuk nak buat kenduri kahwin. sana sini sana sini ada orang kahwin. kad jemputan dekat rumah tu dah bersepah dah. sampai confused nak pergi yang mana satu. gahah. now pun, saya baru balik dari kenduri kahwin sebelah abah. err. cousin dia punya anak sedara? err. ENTAH! pegi je. :P

dalam minggu lepas pulak, saya baru attend lagi satu wedding. abang sulung kepada kawan baik saya, Fara. dekat Dewan PKPS Shah Alam. wedding dia cantik! suka sangat tengok. nak buat colour tu jugak boleh tak? sayang, kita tempah awal awal nak tak? mak, kakak dah decide dah kakak nak colour apa. abah, siap sedia duit untuk kenduri kakak okay? BHAHAHA!


ini perkahwinan antara dua negara, Malaysia & Indonesia. Johari & Citra. macam lagu 'Cintaku Tertinggal Di Malaysia' pulak. eh. tak ada kaitan. lupakan. to me personally, wedding mereka sangat sangat sweet & romantik. simple, but very intimate. I LIKE! :)

door gitfts dorg bagi cupcakes. tapi sayang, mine dah dibawa pergi. sebab tertinggal dekat meja. lepas tu tengok balik, hilang dah. huwaa. tak dapat nak rasa. T_T oh. dekat sana jugak, saya jumpa kawan kawan sekolah dulu. even kawan sekolah rendah jugak. wahhh rinduu! lama gila tak jumpa! rindu sangat rasa. semua pun dah besar besar. makin lawa, makin kacak. apalagi, jejak kasih lah sekejap. memang sembang tak ingat dunia. 

tapi part tangkap gambar tak payah cakap lah. itu kepakaran kami. especially yang tengah tulis ni. haha. jangan bagi saya nampak camera. confirm sengih besar besar nanti. kepada photographer, Razin Ramlee, thanks a lot ye. :') 

p/s: thanks Fara, for the photos.





congrats to the newlyweds.

 
Copyright © Blog Nana :) |Design by Whitey Mommy